Skuad Olimpik Malaysia Tewaskan Lubnan 2 – 1

Skuad Olimpik Malaysia (Pasukan Bawah 23 tahun) telah berjaya menumpaskan Lubnan 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Skuad Olimpik negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada separuh masa kedua, pasukan Lubnan menjaringkan satu gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 dan selepas itu Malaysia terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua. Situasi itu memaksa pasukan kebangsaan bertahan sehingga ke wisel penamat. Namun ia tidak mampu menghalang anak-anak buah Ong Kim Swee untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan peringkat kumpulan.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Majlis undian peringkat kumpulan akan diadakan di AFC House, Kuala Lumpur pada 7hb Julai nanti.

Last Updated on Jun 24, 2011 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *