Tiket Perlawanan Akhir Amat Laris Di Jual

By
Updated: Oktober 27, 2010

Tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal membawakan pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan dan juga Kelantan dijual dengan amat laris sekali, dimana sebanyak 30,000 tiket telah pun habis terjual di Seremban, manakala 10,000 tiket habis terjual di Kelantan dalam masa sejam ianya dibuka untuk jualan.

tiket-akhir
Tiket Perlawanan Akhir Di Jual Pada Harga RM5, RM30, dan RM50 [via]

Di Kota Bharu semalam timbul kekecohan apabila KAFA mula menjual tiket pada harga pakej dengan harga RM40 yang mana didatangkan bersama-sama dengan cenderamata, namun begitu, ianya terpaksa dibatalkan jualannya semalam, dan para penyokong The Red Warriors berjaya mendapatkan tiket pada harga biasa, RM30.

Perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan antara pasukan Kelantan dan juga Negeri Sembilan, dimana Kelantan mara ke peringkat akhir setelah menewaskan Kedah dengan jaringan agregat 1-0, manakala Negeri Sembilan mara dengan jaringan agregat 2-1 terhadap Johor. Perlawanan akhir tersebut kelak akan turut dipancarkan keseluruh negara melalui saluran TV1 mulai jam 8.30 malam.