TMJ Berjumpa Peminat Sebagai Presiden FAM Pada Hari Pertama

Dipilih sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tanpa bertanding, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menemui peminat pada petang tadi. Facebook rasmi Johor Souther Tigers memuat naik gambar Tunku Ismail berangkat hadir ke Kongres FAM ke-53 yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya. “Baginda juga turut akan bertemu para penyokong bola sepak tanah air dalam satu sesi sidang media yang diadakan di Kristal Ballroom, Hotel Hilton pada jam 2.00 petang,” menurut status Facebook tersebut.

Pagi tadi, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan pelantikan Tunku Ismail selepas mendapat sokongan semua perwakilan. “Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding,” kata beliau seperti dilaporkan Bernama.

Annuar, bekas presiden Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengundurkan diri dalam pertandingan presiden bagi memberi ruang kepada TMJ.

Last Updated on Mac 25, 2017 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *