Torres Dan Yang Lain Tidak Gembira Di Liverpool

Musim ini semestinya musim yang paling malang bagi Liverpool. Kini, ianya ditambah lagi dengan dimana pemain Sepanyol, Fernando Torres dan Pepe Reina bersama-sama dengan pemain pertahanan England, Glen Johnson mengatakan yang mereka tidak gembira di kelab tersebut, dan ingin keluar daripada kelab Liverpool.

Torres juga dikatakan menyesal dengan keputusan untuk masih setia dengan kelab tersebut, walaupun sebelum ini Torres ditawarkan dengan pelbagai tawaran menarik daripada kelab-kelab EPL yang lain. Torres juga yang hanya menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan terakhir seperti memperlihatkan keadaan moral yang lemah berbanding sebelumnya.

Liverpool's Spanish player Fernando Torr

Berita ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan yang tidak begitu baik kepada pengurus pasukan mereka, Roy Hudgson, bersama-sama dengan permulaan musim yang amat mendukacitakan bagi Liverpool.

Dalam perlawanan terakhir pasukan Liverpool bertemu Blackburn, Liverpool menang dengan jaringan 2 berbalas 1, dimana gol-gol Liverpool dijaringkan oleh Torres dan juga Kyrgiakos.

Last Updated on April 7, 2014 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *