Aksi Buruk Yang Berakhir Dengan Seri

Skrip sama berulang apabila skuad Harimau Malaya sekadar seri tanpa jaringan dengan Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa yang menyaksikan penyerang Mohd Safee Sali gagal menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan di Pusat Sukan Cebu, malam tadi. Safee yang masuk menggantikan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit-88 membuat sentuhan pertama dua minit kemudian dengan sepakan penalti namun berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah Patrick Phillip Deyto.

pinoypower

Harimau Malaya, yang mempamerkan aksi terburuk permainan sejak tahun 2010, kelihatan terkapai-kapai beraksi di atas padang yang jelas tidak sesuai untuk perlawanan antarabangsa dan sering kali terperangkap dengan pergerakan pemain Filipina. Pendekatan Kim Swee memilih corak permainan bertahan dengan meletakkan Mohd. Norfarhan Muhammad sebagai penyerang tunggal menyebabkan mereka hanya berharap kepada serangan balas bagi mendapatkan jaringan.

Babak pertama jelas menjadi milik Filipina yang mendominasi sepenuhnya permainan di depan hampir 10,000 penyokong sendiri berbanding ketika pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac lalu yang berkesudahan seri 0-0. Beberapa perubahan kecil dilakukan Datuk Ong Kim Swee dalam kesebelasan utama tampak kurang menjadi khususnya gandingan Mohd Hafiz Kamal, Baddrol Bakhtiar dan Junior Eldstal di bahagian tengah sehingga Nor Farhan tenggelam.

Babak pertama memperlihatkan kelonggaran yang cukup ke­tara terutama di bahagian tengah dengan asakan menggila dilancarkan oleh tuan rumah terutama menerusi James Younghusband dan Simone Rota selain banyak melancarkan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Harimau Malaya yang banyak mengharap serangan balas membuat percubaan terbaik menerusi Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-11 yang sekadar menyepak lemah dan bola terus ke dakapan Patrick. Kecekapan Patrick yang bijak mengagak gerakan solo Junior Eldstal yang sebelum itu menewaskan dua pertahanan Filipina menyelamatkan pintu gol tuan rumah daripada dibolosi pada minit ke-61. Namun, dua minit kemudian Patrick nyaris menghadiahkan jari­ngan kepada skuad negara apabila tidak dapat menampan bola hantaran belakang rakan sepasukan, Martin Steuble namun bola tidak menepati ke arah pintu gol.

Kehadiran Nathaniel Burkey yang masuk selaku pemain gantian jelas memberikan banyak masalah kepada pertahanan negara yang mendapat banyak peluang ke­emasan memecahkan kebuntuan jaringan. Pada minit ke-75, percubaan Nathaniel sekadar sipi walaupun berada di hadapan pintu gol dan tiga minit kemudian bola sepakannya singgah di palang gol hasil rembatan dari luar kotak penalti.

Last Updated on April 28, 2014 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *