AS, Mexico, Kanada Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia 2026?

Negara-negara di benua Eropah hanya diberikan peluang untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 2026 sekiranya tiada calon yang benar-benar layak, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Keputusan itu meningkatkan peluang bagi bidaan bersama tuan rumah oleh Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada bagi 2026 dengan FIFA berkata bahawa penganjuran bersama akan dibenarkan dan tidak akan ada sekatan ke atas jumlah negara yang mengemukakan bidaan.

Majlis FIFA bersetuju kepada “Prinsip umum adalah ahli gabungan persatuan daripada konfederasi yang menganjurkan dua Piala Dunia FIFA terakhir tidak layak untuk menganjurkan Piala Dunia 2026,” kata FIFA. Ketika Russia dan Qatar akan menganjurkan edisi 2018 dan 2022, keputusan itu bermakna tiada negara dari Eropah atau Asia yang layak menganjurkannya pada 2026.

Begitu pun, FIFA berkata bahawa bidaan Eropah dan bukannya Asia boleh dibenarkan “sekiranya tiada tawaran bidaan diterima yang memenuhi syarat-syarat teknikal dan kewangan yang ketat.”

Last Updated on Oktober 15, 2016 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *