Dollah Salleh Bakal Menjadi Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru?

By
Updated: June 28, 2014

Dollah Salleh

Perubahan cuaca menjadi lebih panas akibat fenomena El Nino turut memberi kesan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila dikhabarkan bakal melantik jurulatih tempatan berbanding pendirian sebelum ini yang mahu mencari pengendali asing bagi membimbing skuad Harimau Malaya. Malah beberapa nama turut dikaitkan dengan perubahan itu membabitkan jurulatih sementara skuad kebangsaan dan Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee serta ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh berada dalam senarai terakhir sebelum diumumkan badan induk bola sepak negara itu hari ini.

Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh bersetuju dengan cadangan FAM mengambil sentuhan anak watan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan pengendali terdahulu Datuk K Rajagopal. Malah, beliau turut percaya pembimbing tempatan mampu menjulang skuad negara untuk menggegar di kejohanan Piala Suzuki AFF pada hujung ghujung tahun ini.

Santokh yang pernah mengecapi kejayaan membawa skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, sebelum kerajaan membatalkan hasrat menyertai temasya itu, menegaskan kejayaan sesebuah pasukan bukanlah diukur dengan kehadiran jurulatih import semata-mata selain menganggap pelaburan ratusan ribu untuk melantik kepakaran luar sebagai pembaziran.

Bekas tonggak pertahanan Selangor yang pernah berganding bersama Datuk Soh Chin Aun dan arwah Datuk Mokhtar Dahari pada era 1970 dan 80-an itu berkata, Dollah Salleh menjadi pilihan utamanya bagi mengisi kerusi panas itu.

“Saya pilih Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan B Sathianathan kerana berwibawa dan wajar dipertimbangkan. Walaupun Dollah jadi pilihan, Zainal dan Sathianathan juga bagus dan perlu dipertimbangkan FAM. “Cuma lebih baik jika dibiarkan Kim Swee terus mengendalikan pasukan Harimau Muda kerana peringkat pembangunan juga mesti terus dimantapkan,” katanya.

One Comment

  1. intannorfarahzila

    December 19, 2014 at 4:46 pm

    Harimau Malaya terus berjuang untuk piala AFF Suzuki 2014 bagi mengulangi kejayaan pada tahun 2010…