Faiz Subri Memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016

By
Updated: January 10, 2017

Faiz Subri telah mencipta sejarah di Zurich dengan merangkul Anugerah Puskas FIFA untuk sepakan percuma beliau mewakili Pulau Pinang di Liga Super pada bulan Februari 2016. Pemain berusia 29 tahun ini telah menerima 59.46% undi untuk sepakan ke arah golnya itu dan mendahului dua lagi finalis bagi anugerah ini iaitu Marlone (22.86%) dan Daniuska Rodriguez (10.01%)

“Secara jujurnya, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan berada pada peringkat ini dan dapat berdiri sama tinggi di kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini,” kata Faiz selepas menerima anugerah itu daripada legenda Brazil, Ronaldo.

“Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Pulau Pinang, semua jurulatih, rakan sepasukan saya, kakitangan, PFAM, keluarga saya, dan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Beliau telah menghasilkan sepakan percuma yang amat cemerlang ini semasa kemenangan Pulau Pinang 4-1 ke atas Pahang tahun lepas. Setelah menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-3 permainan, Faiz telah melakukan cubaan sepakan percuma mirip sepakan Roberto Carlos pada pertengahan separuh masa kedua, meninggalkan penjaga gol Pahang Nasril Nourdin tidak berupaya menyelamatkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *