Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan pelantikan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad. Pelantikan Hamidin diumumkan setelah mendapat perkenan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.
Azzuddin menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM sejak 2007 menggantikan Datuk Dr. Ibrahim Saad. Beliau dikatakan akan mengambil alih jawatan yang sama di Persekutuan Bolasepak Asean daripada Datuk Paul Mony Samuel.
Sebelum ini terdapat pelbagai gesaan daripada penyokong bolasepak tempatan yang menuntut peletakan jawatan Azzuddin berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan serta isu yang melanda FAM. Pelantikan Hamidin yang telah sekian lama berkecimpung dalam dunia pentadbiran bola sepak negara diharap mampu menambahbaik badan induk itu.
Tinggalkan Balasan