Sukan SEA 2017: “Inzaghi” Thanabalan Menanduk Bola Dan Membawa Malaysia Ke Perlawanan Akhir

Pada ketika seolah-olah perlawanan separuh akhir Sukan SEA antara Malaysia-Indonesia akan dibawa ke masa tambahan, N.Thanabalan menjadi wira sekali lagi, kali ini dengan tandukan kemas dari sepakan sudut pada minit ke-87 untuk meletakkan Malaysia di perlawanan akhir. Malaysia akan bertemu dengan Thailand pada 29 Ogos di Stadium Shah Alam.

Memulakan aksi sepak mula sebelum 0,000 kerusi di Stadium Shah Alam dipenuhi, anak buah Datuk Ong Kim Swee memberikan amaran awal apabila Safawi Rasid membuat larian ke kotak penalti Indonesia dan membuat hantaran tepat ke arah Thanabalan tetapi dia gagal untuk merebut peluang itu.

Pada minit ke-29, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sekali lagi mengancam lawan yang dilatih oleh Luis Milla tetapi tendangannya diselamatkan oleh penjaga Indonesia, Satria Tama Hardiyanto.

Kemasukan pemain gantian Jafri Firdaus Chew untuk menggantikan S.Kumaarhan yang perlu dikeluarkan memberi impak positif kepada pasukan tetapi tidak ada gol dari kedua-belah pihak sehingga separuh masa pertama tamat.

Selepas disambung semula. Jafri hampir menjaringkan gol pada minit ke-65 tetapi tendangannya melewati palang gol dan lima minit kemudian, pemain Pulau Pinang itu mempunyai peluang lagi, tetapi tandukannya juga tidak tepat.

Dengan masa yang berbaki 20 minit, Indonesia yang kali terakhir melangkah ke perlawanan akhir pada tahun 2011 meningkatkan serangan mereka tetapi pertahanan Malaysia yang diketuai oleh kapten Muhammad Adib Zainudin teguh mempertahankan gawang mereka.

Pada minit ke-87, Malaysia mendapat sepakan penjuru yang diambil oleh Nor Azam Abdul Azih dan Thanabalan berada di posisi yang tepat untuk menanduk bola ke dalam gawang dan menghancurkan impian Indonesia untuk bertemu Thailand di perlawanan akhir. Ini merupakan gol keempatnya dalam pertandingan itu.

Thailand juga telah mengalahkan Myanmar dengan jaringan gol yang sama pada minit-minit terakhir perlawanan.

Dengan kemenangan malam ini, Malaysia berpeluang untuk mengulangi pencapaian pada tahun 1989 apabila mereka memenangi pingat emas bola sepak di laman sendiri.

Last Updated on Ogos 13, 2023 by menj

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *