Marlon Alex James Mengakhiri Karier Dan Meninggalkan ATM

marlon

Azimat pasukan ATM dan penjaring terbanyak musim lalu, Marlon Alex James, telah mengambil keputusan untuk menamatkan karier beliau dan meninggalkan pasukan. Berita terkini ini telah disahkan oleh jurulatih ATM, B. Sathianathan, yang menyatakan bahawa Marlon tidak lagi akan menjadi sebahagian daripada ATM.

Menurut media, Sathia menyatakan bahawa Marlon memaklumkan kepadanya bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berhenti dan tidak akan bermain lagi kerana masalah kecederaan. Sathia juga mengesahkan bahawa mereka sedang mencari penyerang baru bagi menggantikan Marlon sebelum akhir jendela perpindahan pada 19hb April.

Marlon telah bermain untuk dua kelab di Malaysia, yang pertama beliau berada di Kedah pada tahun 2006 sehingga 2008 di mana beliau membuat 44 penampilan dan menjaringkan 44 gol dalam tempoh dua tahun.

Beliau kemudian meninggalkan Malaysia untuk bermain bersama Whitecaps Vancouver, sebelum kembali untuk bermain dengan ATM. Dalam 54 penampilan, dia telah menjaringkan 47 gol, di mana beliau telah memenangi anugerah Kasut Emas pada tahun lepas. Beliau juga memainkan peranan penting dalam membantu ATM dalam Liga Perdana memenangi musim mereka, dan dinamakan Pemain Import Paling Berharga dua kali dalam masanya dengan Kedah.

Last Updated on April 16, 2014 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *