Wolfsburg Mangsa Terbaru Leipzig

rb-leipzig

Pasukan baharu, RB Leipzig kini berada di kedudukan ketiga Bundesliga selepas menewaskan satu lagi pasukan teratas Jerman, VfL Wolfsburg 1-0, awal pagi tadi.

Pemain tengah Sweden, Emil Forsberg menjaringkan gol kemenangan bagi RB yang kini memenangi empat daripada tujuh perlawanan apabila Wolfsburg mengikut jejak Borussia Dortmund, Hamburg dan Augsburg, yang terdahulu tewas kepada Leipzig. Keputusan itu, yang juga kekalahan ketiga dalam tujuh perlawanan dengan tiga seri dan hanya satu kemenangan adalah keputusan buruk bagi Wolfsburg, yang melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada musim lalu. Mereka kini di kedudukan ke-14, hanya dua mata daripada zon penyingkiran.

Pemain berprofil tinggi dan penyerang Jerman, Mario Gomez masih belum menjaringkan gol buat kelab barunya dan kekalahan terbaru itu bakal menyukarkan jurulatih, Dieter Hecking.

“Kami perlu mengadakan perbincangan dan lihat bagaimana hasilnya,” kata pengarah sukan, Wofsburg, Klaus Allofs. “Kami perlu lihat dan kami perlu atasi ia sebagai sebuah kelab. Ini mungkin dilakukan bersama atau tidak dengan jurulatih.”

Last Updated on Oktober 17, 2016 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *