Kelantan Pecat Steve Darby

SteveDarby

KAFA mengambil langkah drastik dengan memecat jurulatih Kelantan, Steve Darby, berkuatkuasa serta-merta sejurus selepas The Red Warriors (TRW) mengalami kekalahan teruk 4-0 di tangan Sime Darby. Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan setelah tamat perlawanan tersebut.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman Facebook miliknya: “Setelah berbincang dengan pengurusan TRW sebentar tadi, kita mengambil keputusan melepaskan Steve Darby dari tugas kejurulatihan TRW berkuatkuasa serta merta”.

Difahamkan tugas jurulatih Kelantan diambil-alih sementara oleh Hashim Mustapha dan zahasmi Ismail.

Sementara itu, dalam “posting” yang sama, Annuar Musa turut mengesahkan Kelantan sudahpun mengikat kontrak dengan pemain dari Ghana, Price Tagoe.

“Kita juga mengesahkan TRW telah mengikat kontrak dengan pemain Piala Dunia dan Bundesliga dari Ghana Prince Tagoe. Beliau dijangka beraksi Jumaat ini menentang Sarawak,” kata Annuar Musa.

Dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi, ia menyaksikan pemain Sime Darby, Mateo Roskom mencipta hatrik masing-masing pada minit ke-6, 46 dan 69, manakala satu lagi gol dihasilkan oleh Mahmoud Amnah di minit ke-66.

Ia adalah kekalahan terburuk Kelantan dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Last Updated on April 16, 2014 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *