Piala Dunia 2026: Slot Untuk AFC Bertambah Dari 4.5 Kepada 8

By
Updated: Mei 11, 2017

Majlis tertinggi FIFA telah bersidang di Manama, Bahrain semalam untuk membincangkan pelbagai isu yang perlu diselesaikan. Salah satu dari isu itu adalah berkenaan dengan slot pembahagian wakil setiap benua dalam Piala Dunia 2026 nanti. Dengan jumlah pasukan akan ditambah pada Piala Dunia 2026, dari 32 pasukan kepada 48 pasukan, berikut adalah pembahagian slot mengikut konfederasi masing-masing.

Setiap konfederasi akan menerima 1 slot ke peringkat play off kecuali UEFA. Bagi negara tuan rumah pula, FIFA akan memberikan 1 slot play off untuk menggantikan slot tuan rumah yang telah digunakan. Semua perlawanan play off akan diadakan di venue tuan rumah Piala Dunia 2026, dan akan digunakan sebagai perlawanan percubaan untuk Piala Dunia 2026 yang sebenar.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *