Tarikh Sepak Mula Piala Malaysia: 20 Ogos

Sepak mula saingan Piala Malaysia yang pada awalnya dijadualkan 17 Ogos, ditunda ke tiga hari kemudian bagi memberikan ruang persediaan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam Kejohanan Kelab Malaysia-Singapura pada 13 Ogos.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata, tarikh baharu itu lebih sesuai memandangkan ramai pemain kebangsaan juga hanya akan kembali kepada pasukan masing-masing selepas perlawanan persahabatan dengan Barcelona 10 Ogos ini.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang dipengerusikan Presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah di sini semalam, turut memutuskan untuk memberikan sedikit kelegaan ekoran kepadatan jadual perlawanan Liga M dan Piala AFC 2014 buat Kelantan dan Selangor yang mewakili Malaysia.

“Tahun depan, kami mendapati penglibatan pasukan kebangsaan tidak begitu sibuk seperti tahun ini, jadi kami punya banyak masa untuk mengaturkan jadual perlawanan yang tidak menekan Kelantan dan Selangor yang layak ke Piala AFC,” katanya yang juga Naib Presiden FAM.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Aziz berkata, pihaknya telah mengenakan tindakan terhadap beberapa pengadil yang didapati tidak mencapai mutu pengadilan yang ditetapkan sejak Januari hingga bulan lalu termasuk tiga orang yang bertaraf pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Antara tindakannya ialah menggantung tugas selama sebulan dan menurunkan taraf perlawanan yang diadili mereka ke Piala Presiden. Daripada empat aduan rasmi mengenai mutu pengadilan mereka, seorang pengadil yang dikenakan tindakan ialah yang terlibat dalam separuh akhir Piala FA (Mei lalu) antara Terengganu dengan Kelantan,” katanya.

Last Updated on Oktober 21, 2013 by


Posted

in

, ,

by

Comments

Satu respons kepada “Tarikh Sepak Mula Piala Malaysia: 20 Ogos”

  1. kakton Avatar
    kakton

    Bahang mula terasa..huhu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *