Kecederaan Michael Owen Berterusan

By
Updated: October 27, 2010

Michael Owen

Musim malang bagi Michael Owen yang berkait dengan kecederaan, berterusan apabila beliau akan terus tidak dapat bermain untuk beberapa minggu lagi berikutan kecederaan pada urat lutut. Bekas pemain depan Liverpool itu baru sahaja kembali ke latihan setelah kecederaan pada bahagian paha sebelum ini, namun begitu beliau tidak dapat bermain disebabkan kecederaan otot yang lain pula buat kali ini.

Akhir-akhir ini, latar kerjaya Michael Owen hampir dipenuhi hanya dengan kecederaan, serta hampir tidak kelihatan kelibatnya. Kali terakhir Michael Owen bermain di atas padang adalah ketika menentang Sunderland pada 2 Oktober yang lalu. Menurut beliau, setelah mengalami kecederaan pada otot paha, Owen telah melalui latihan untuk lebih kurang seminggu untuk bersedia untuk perlawanan malam semalam, namun beliau tidak dapat diturunkan disebabkan kecederaan pada bahagian lutut pula. Michael Owen tidak akan diturunkan untuk beberapa minggu lagi, sehingga kecederaan beliau pulih sepenuhnya.

Perlawanan malam semalam berakhir dengan kemenangan untuk Manchester United dengan 3 gol berbalas 2 oleh Wolverhampton Wanderers.