Malaysia Tewas Dengan Iran – Pulang Dari Sukan Asia

By
Updated: November 15, 2010

Pasukan bola sepak negara terpaksa pulang daripada Sukan Asia di Guongzhou setelah mereka tewas di peringkat kedua perlawanan. Malaysia terpilih memasuki ke peringkat kedua perlawanan bolasepak setelah muncul sebagai antara 16 pasukan terbaik, dan bertemu dengan pasukan Iran pada peringkat kedua. Malaysia tewas dengan jaringan 1-3 dengan Iran.

Setelah seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama perlawanan, Iran memulakan jaringan pertama mereka pada minit ke-53 oleh Karim Ansari Fard. Seterusnya, palang gol Malaysia yang sering diserang itu, terus bolos, apabila pada minit ke 59, Syed Hosseini menjaringkan gol kedua, ditambah dengan jaringan Amir Sharafi pada minit ke-67.

Walaubagaimanapun, Malaysia terus bertahan, dan pada minit ke-86, mereka dianugerahkan dengan sepakan penalti, dan ianya disudahkan dengan cemerlang oleh Norshahrul Idlan Talaha. Malaysia tewas dengan Iran dengan skor jaringan 1-3.