Sukan Asia: Malaysia Menewaskan Krygyzstan 2-1

Mungkin semua sudah sedia maklum dengan Asian Games yang sedang berlangsung di China. Menariknya, hari ini, skuad pemain bola sepak Malaysia hari ini berjaya mendapat mata penuh sebanyak tiga mata, apabila berjaya menewaskan pasukan Krygyzstan dengan jaringan sebanyak 2 berbalas 1 pada perlawanan pembukaan Pasukan A.

Separuh masa pertama menyaksikan yang mana mata jaringan kedua-dua pasukan adalah sama, dimana pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan pada minit ke-27. Namun begitu, sepuluh minit selepas itu, Sydykov daripada Krygyzstan berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan sulung daripada beliau.

Walaubagaimanapun, pasukan kebangsaan beraksi dengan cemerlang pada separuh masa kedua, dimana menyaksikan jaringan kemenangan daripada S. Chanturu pada minit ke-60 perlawanan. Asian Games bakal menjadi salah satu tempat untuk melihat prestasi pasukan negara kita dikalangan kontinjen-kontinjen Asia yang lain.

Selepas ini, pasukan kebangsaan kita akan bertemu dengan pasukan Jepun pada hari Rabu ini pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Last Updated on Jun 28, 2013 by


Posted

in

,

by

Comments

Satu respons kepada “Sukan Asia: Malaysia Menewaskan Krygyzstan 2-1”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *