Kategori: Harimau Malaya

  • Skuad Olimpik Malaysia Tewaskan Lubnan 2 – 1

    Skuad Olimpik Malaysia Tewaskan Lubnan 2 – 1

    Skuad Olimpik Malaysia (Pasukan Bawah 23 tahun) telah berjaya menumpaskan Lubnan 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Skuad Olimpik negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

  • Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Menentang Myanmar Malam Ini

    Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Menentang Myanmar Malam Ini

    Skuad bolasepak Malaysia akan turun menentang skuad Olimpik Myanmar yang akan berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kelantan pada pukul 8.45 malam ini. Inilah kali pertama perlawanan antarabangsa dilangsungkan di sebuah stadium negeri. Bagi yang tak dapat hadir di stadium, ia boleh ditonton secara langsung di Astro Arena saluran 801, bermula pada 8.30 malam.

  • Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Seri 1 – 1 Dengan Hong Kong

    Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Seri 1 – 1 Dengan Hong Kong

    Perlawanan persahabatan antarabangsa yang kedua di antara Malaysia dan Hong Kong yang berlangsung di HK pada 3hb Jun 2011. Enam pemain daripada skuad Piala Suzuki AFF 2010 tidak beraksi di dalam perlawanan ini kerana menyertai skuad Olimpik kebangsaan.

  • Malaysia Mengikat Etoile FC 1 – 1

    Malaysia Mengikat Etoile FC 1 – 1

    Skuad bola sepak kebangsaan mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol…

  • Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua

    Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua

    Malaysia berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik apabila mengikat Pakistan 0 – 0 di Lahore Rabu lepas, dan oleh itu menang dengan agregat 2 – 0. Malangnya siaran langsung perlawanan tersebut tidak dapat disiarkan disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

  • Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia lawan Pakistan malam ini

    Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia lawan Pakistan malam ini

    Malam ini merupakan perlawanan penentuan mengenai siapakah yang akan layak ke pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik. Walaupun berbekalkan kelebihan 2 – 0 mengatasi Pakistan ketika perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari, ia merupakan perkara yang perlu dikekalkan pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee dalam usaha memburu slot ke pusingan kedua sejak 1980.